Powered By Blogger

Wednesday, May 21, 2014

Pesta Vespa Kepala Batas 2014 (Updated)

Ini adalah kali pertama saya turut serta dalam acara Pesta Vespa yang dianjurkan oleh Pakatan Vespa Utara (PVU). PVU menurut orang kuatnya saudara Syukur Rohani aka Matkort Simoncelli, bukanlah sebuah pertubuhan rasmi seperti kelab-kelab motosikal lain. Ianya tidak pernah didaftarkan. Pendekatan yang cuba dibawa oleh PVU ialah setiap acara anjurannyanya kalau boleh dijalankan secara santai. Selain itu, semangat setiakawan antara pemilik Vespa & Lambretta di Utara dapat dikukuhkan lagi.

Terma "Pakatan" yang diguna pakai juga tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik. Pakatan di sini membawa maksud "pakat-pakat" yang mana sering digunakan oleh orang-orang disebelah utara ketika mana ingin diadakan satu aktiviti di sesebuah kampung contohnya seperti kenduri kendara ataupon gotong royong.

Pesta Vespa kali ini mengambil tempat di Sunshine Bertam, Kepala Batas. Saya ikut konvoi dengan beberapa orang pemilik Vespa dari kawasan Pulau Pinang. Berikut merupakan catatan perjalanan saya:
1) Kami berkumpul di Medan Suri, Sg Nibong jam 8pagi.
2) Bertolak ke Bertam pada jam 9.30 pagi
3) Vespa saya kena jem panas akibat tak cukup 2T atas jambatan Pulau Pinang (Terima kasih kawan-kawan yang berhenti membantu).
4) Perjalanan lancar & cuaca baik sepanjang perjalanan sehingga susur keluar Bertam apabila Vespa saya kena jem panas buat kali ke-2
5) Saudara Zam dari Taiping singgah bantu. Beliau pasang semula filter pada carburator dan laraskan timing serta angin. Beliau sarankan saya ejas pin jet pada carburator tersebut.
6) Sampai di Sunshine Bertam.


Bagi acara kali ini, dengan pendaftaran RM10 peserta akan menerima sijil penyertaan + minyak 2T + stiker event & makan tengahhari. Lebih kurang 100 buah motosikal Vespa dari pelbagai model telah turut serta dalam acara ini.

Acara diserikan dengan cabutan bertuah, jualan barangan alat ganti Vespa, t shirt dan macam-macam lagi. Lebih kurang pukul 4.30 petang saya bertolak pulang bersama-sama Abg Zul, Aie, Fiq, Wan & OoI.

Bersambung....

Sunday, January 31, 2010

~Fuel pump

Aku hampir hilang sabar apabila masalah mengenai fuel pump ni muncul masa aku mula-mula berkenalan dengan U11 ni, apa tidaknya.. Ketika bawa family, tetiba enjin kereta mati kat tengah jalan dan menghalang lalulintas.. Apa lagi, kereta kat belakang tak henti-henti hon! Kalau hon depa bermelodi tak apa la juga. Aku buat bodoh ja.. heh heh heh..

Mula-mula aku syak tangki petrol kotor(berhabuk) selepas aku rujuk dengan owner lama kereta(la ni pon still owner lagi :D). Bawa ke pomen minta cuci tangki petrol depa tak mau. aku tukar la petrol filter kat depan, kononnya boleh setel masalah. Hampesh! Masalah yang sama timbul juga, tak tenggelam-tenggelam. Masa aku syak tangki kotor & muncung tempat sedut minyak tu tersumbat Aku akan hinggut-hinggut bahagian bonet belakang dengan harapan habuk-habuk tuh tak akan sumbat lagi muncung tuh. kah kah kah.. Harapan aku tu salah!!!
Pastu aku pon tukar ke fuel pump yang pertama, harga dalam RM 210.00 kalau tak salah aku.(Siap pasang & modified)
Jenama fuel pump nih aku kurang pasti, selepas aku guna fuel pump ni lebih kurang 4 bulan. Masalah yang sama muncul pulak. Enjin kereta mati tiba-tiba. Kalau dulu, lepas tunggu sekejap, pastu start enjin balik selalunya akan ok. Tapi kali nih, hampesh! Dua hingga tiga kali juga aku tinggal kereta, pastu besok tu baru aku datang start. Besok tuh aku datang start sekali ja.. Enjin pon hidup. Lepas aku buat pemeriksaan rambang aku syak fuel pump nih ada masalah. Rupanya fuel pump nih over heated ataupon dengan erti kata lain panas yang melampau.

Kat atas ni.. gambar fuel pump yang aku baru tukar dan petrol filter. Yang anak panah warna biru tuh petrol filter & anak panah warna merah tu adalah fuel pump yang baru tukar lepas 4 bulan dah kong!
Lepas hantar ke Workshop yang sama (Pusat servis MURNI Sg. 2), maka pomen tersebut telah tukar fuel pump yang asal.
Pandangan dari atas.

Pandangan sisi.

Setakat ni, fuel pump ni ok. :D Adios..