Powered By Blogger

Wednesday, May 21, 2014

Pesta Vespa Kepala Batas 2014 (Updated)

Ini adalah kali pertama saya turut serta dalam acara Pesta Vespa yang dianjurkan oleh Pakatan Vespa Utara (PVU). PVU menurut orang kuatnya saudara Syukur Rohani aka Matkort Simoncelli, bukanlah sebuah pertubuhan rasmi seperti kelab-kelab motosikal lain. Ianya tidak pernah didaftarkan. Pendekatan yang cuba dibawa oleh PVU ialah setiap acara anjurannyanya kalau boleh dijalankan secara santai. Selain itu, semangat setiakawan antara pemilik Vespa & Lambretta di Utara dapat dikukuhkan lagi.

Terma "Pakatan" yang diguna pakai juga tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik. Pakatan di sini membawa maksud "pakat-pakat" yang mana sering digunakan oleh orang-orang disebelah utara ketika mana ingin diadakan satu aktiviti di sesebuah kampung contohnya seperti kenduri kendara ataupon gotong royong.

Pesta Vespa kali ini mengambil tempat di Sunshine Bertam, Kepala Batas. Saya ikut konvoi dengan beberapa orang pemilik Vespa dari kawasan Pulau Pinang. Berikut merupakan catatan perjalanan saya:
1) Kami berkumpul di Medan Suri, Sg Nibong jam 8pagi.
2) Bertolak ke Bertam pada jam 9.30 pagi
3) Vespa saya kena jem panas akibat tak cukup 2T atas jambatan Pulau Pinang (Terima kasih kawan-kawan yang berhenti membantu).
4) Perjalanan lancar & cuaca baik sepanjang perjalanan sehingga susur keluar Bertam apabila Vespa saya kena jem panas buat kali ke-2
5) Saudara Zam dari Taiping singgah bantu. Beliau pasang semula filter pada carburator dan laraskan timing serta angin. Beliau sarankan saya ejas pin jet pada carburator tersebut.
6) Sampai di Sunshine Bertam.


Bagi acara kali ini, dengan pendaftaran RM10 peserta akan menerima sijil penyertaan + minyak 2T + stiker event & makan tengahhari. Lebih kurang 100 buah motosikal Vespa dari pelbagai model telah turut serta dalam acara ini.

Acara diserikan dengan cabutan bertuah, jualan barangan alat ganti Vespa, t shirt dan macam-macam lagi. Lebih kurang pukul 4.30 petang saya bertolak pulang bersama-sama Abg Zul, Aie, Fiq, Wan & OoI.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment