Powered By Blogger

Thursday, December 3, 2009

Malaysian got Talent!

Yup! Malaysian memang ada bakat, cuma individu yang berbakat nih tak ada peluang nak kerja kat Modenas, Proton & Perodua.. Mungkin kalau diberi peluang, kita akan dapat lihat hasil & idea kreatif mereka.
Kat bawah ni, adalah salah satu hasil kreatif anak Malaysia, model aku tak pasti, tapi aku suka gabungan warna flat black dan merah. Penggunaan tayar belakang yang besar mengingatkan kat aku Motor-motor besar custom dari Barat dan juga Thailand.
Walau bagaimanapon owner motor nih masih lagi mengekalkan sistem suspensi belakang. Penting beb, klau tak, harap tayar belakang je jadik suspension! Apapon Tahniah! untuk owner motor nih.. Teruskan usaha anda.

Thursday, November 19, 2009

Moto Tok Abah!

My father in law just bought this green machine... Like others says.. "Bikers always be bikers" hahaha.. Kawasaki Ninja 250cc.

Saturday, November 7, 2009

Berita GEMBIRA :D

Syarat kereta 15 tahun masuk Puspakom ditarik balik

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menarik balik Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan yang mewajibkan kereta berusia 15 tahun ke atas menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom) sebagai keperluan pembaharuan cukai jalan.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), semalam, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat dan selaras dengan konsep rakyat didahulukan.

Sejak dasar itu diumumkan, kerajaan menerima banyak aduan daripada orang ramai yang tidak bersetuju dengan langkah berkenaan yang dianggap membebankan golongan berpendapatan rendah.


Peraturan itu yang dianggar membabitkan sejuta kenderaan, adalah antara 18 langkah baru dalam kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) yang diumumkan Miti pada 28 Oktober lalu, bagi meningkatkan daya saing industri automotif tempatan serta menawarkan kenderaan lebih selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi.

Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan bersedia meneliti semula peraturan itu jika ia membebankan rakyat.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Kementerian Pengangkutan menyediakan laporan terperinci berhubung bantahan pelbagai pihak terhadap dasar berkenaan.

Sebelum ini, pelbagai pihak mendesak kerajaan mengkaji semula peraturan itu kerana ia membebankan golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu membeli kereta lain atau membaik pulihnya jika kenderaan yang dibawa gagal melepasi pemeriksaan Puspakom.

Selain itu, Puspakom dibimbangi tidak mempunyai kemampuan membuat pemeriksaan sehingga menyebabkan pelanggan menunggu lama di pusat pemeriksaan apabila peraturan itu dilaksanakan.

Sumber:Bharianonline

Thursday, November 5, 2009

Bila dah cukop Umoq!


Yup! di atas adalah info mengenai Dasar Automotif Nasional yang telah diumumkan.. so, kepada pemilik kenderaan lama macam aku & rakan-rakan lain.. sila amik perhatian & amik paham :D

Monday, October 12, 2009

>Intro>

The very 1st intro.. Bluebird 1.8L Carburator, enjin standard.. Dimiliki dengan cara.. ehsan bapa mertua hahaha.. Tahun keluaran 1986 (lebih kurang).. Colour maroon metallic.. Rim 15".. Gear Manual/5kelajuan..

Monday, May 4, 2009

Welcome

Welcome, sorry coz this blog still under maintanance.. will update soon.. be patient... :D